Assalamualaikum.

Okey, for this entry I would like to make a special wish to my lovely Abah for his birthday. Actually, birthday abah esok (18 MAY) tapi saje nak wish awal sebap harini ade bace yassin kat rumah aku sempena birthday abah. Patutlah giliran yassin dipercepatkan sebap Abah nak sambut birthday dia kot :) A lot of sorry Abah, I'm not going back to home. Next week dah exam, doakan anakmu ini berjaya ya? 

Abah, 
First of all, Atie nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-62. Semoga Abah dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Abah, maafkan Atie sebap tak dapat nak ucap depan-depan sebap Atie segan nak bagitau :'( Abah, siapa pun Abah, Abah tetap Abah Atie sampai bile-bile tau. Terima kasih atas segala pengorbanan Abah pada Atie. 

Atie tau Atie bukan anak yang baik macam anak-anak Abah yang lain, tapi Atie janji Atie akan jadi anak yang membanggakan satu hari nanti. Atie nak belajar pandai-pandai & dapatkan kerja yang baik. Atie nak jage Mak ngan Abah. Atie tau Atie jahat, selalu melawan cakap, selalu tinggikan suara, selalu merajuk & tak puas hati ngan Abah. Atie tau Abah banyak kecik hati dengan perangai Atie, Ati minta maaf Abah.

Abah, thanks sebab bersusah payah untuk Atie. Sanggup pergi ke YPJ semata-mata nak Atie dapatkan biasiswa. Sanggup ulang alik dari Segamat ke rumah Kak Ngah sebap nak uruskan MARA Atie. Walaupun Abah tengah demam teruk time tu, Abah sanggup redah semua tu semata-mata nak Atie senang & tak hidup susah. Abah & Mak, terima kasih tak terhingga :) I love you <3